ALAM KUBUR PERHENTIAN SEBELUM KEHIDUPAN ABADI DI AKHIRAT.
MANUSIA di dunia ini ibarat musafir yang sedang dalam perjalanan lalu berehat di bawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan berehat seketika sebelum meneruskan ke destinasi yang hendak dituju.
Perjalanan itu pula masih jauh dan terpaksa melalui pelbagai liku serta cabaran.inilah gambaran matlamat sebenar hidup insan yang hendak dicapai.pentas dunia hanya tempat bercucuk tanam dengan amalan salih sebagai bekalan akhirat nanti.
Sebelum manusia berpindah ke alam akhirat mereka akan menempuh satu alam barzakh dan disana mereka akan menjawab soalan yang ditujukan malaikat kepada mereka. Disinilah penentu kejayaan di alam akhirat nanti sama ada manusia itu masuk syurga atau neraka.
Persoalan kubur termasuk dalam pokok keimanan terhadap alam ghaib seperti mana kita wajib percaya akan adanya syurga, neraka, malaikat dan hari kiamat. Dalam al quran dan hadis Rasulullah SAW yang shahih banyak diterangkan perkara di atas yang menuntut setiap orang meyakini adan
ya alam selepas kehidupan duniawi.
Ia dikenali dengan perkara ‘sam iyat’ iaitu perkara yang hanya diketahui melalui perkhabaran, tidak dapat dilihat oleh mata dan tidak terfikir akal. Beriman kepada alam ghaib adalah ciri orang yang beriman.
Allah berfirman yang bermaksud: kitab al-quran ini, tidak ada sebarang syak padanya(mengenai datangnya dari allah dan tentang sempurna), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang kami berikan kepada mereka.
Walaupun ada sesetengah agama mempercayai adanya kebangkitan selepas kematian di alam roh tetapi mereka menyeleweng daripada konsep dipegang islam. Sebahagian lagi terus kufur dan menolak kerana mereka berdasarkan logik serta akal fikiran semata-mata, menganggap bahawa hidup hanya diatas dunia ini saja.
Golongan itu dijelaskan allah dalam firmanya yang bermaksud:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Dan tidaklah manusia fikirkan bahawa kami jadikan dia dari setitik mani, tetapi tiba-tiba ia( jadi) pembantah yang nyata”- (surah yasin, ayat 77)
DISINI LA KITA AKAN DITEMPATKAN SUATU HARI NANTI,MAKA PERBANYAKANLA AMALAN KITA DIDUNIA INI UNTUK AKHIRAT...

No comments:
Post a Comment