Friday, 6 July 2012

MEREMEHKAN DOSA DAN BERANI MELAKUKANYA!!

assalamualaikum..para blogger tumpangan hehe..


Sudah tiba msanya ana berkongsi dengan kalian dengan satu tajuk baru..walaupun banyak kerja namun soal dakwah ana akan cuba teruskan juga...tajuk kat atas tue membahaskan tentang dosa-dosa wanita yang dianggap lazim..diharapkan apa yang ana cuba sampaikan nie boleh membuka dan memberitahu anda apa masalah lazim yang biasa wanita pandang remeh temeh..

sekali lagi ana ucapkan terima kasih bagi saudara yang cuba nak baca tajuk nie walaupun hatinya mungkin 
terpaksa..kan??........walaupun terpaksa saudara masih mendapat pahala..sebab...membaca benda yang bermanfaat pun kan...hehe..memang xrugi punyalaaa!!


ok...saudara aku sekalian..suda tibanya masanya anda mengetahui perkara sebenar!!


dalam hidup kita dosa itu adalah perkara biasa..tapi boleh x kita anggap biasa kalau ia boleh melemparkan kita ke NERAKA??

Nak tahu x..dosa kecil dalam pandangan wanita, yang tidak dipeduikannya dan yang dilakukanya berulang-ulang, kadangkala ia  boleh menyebabkan malapetaka baginya. Alasanya seperti berikut ::

pertama, melakukan dosa kecil secara terus-menerus akan mengubahnya menjadi dosa besar. sebabnya tidak ada dosa kecil bila dilakukan terus menerus dan tidak ada dosa besar dihapuskan dengan istighfar. Dengan demikian, siapa yang melakukan dosa yang menurutnya kecil dengan terus menerus, maka kadangkala boleh menjadi dosa besar di sisi ALLAH SWT memandangkan perbuatan seperti itu merupakan menentang HUKUM ALLAH! .Demikian juga , itu menunjukkan kurangnya rasa malu orang yang melakukanya kepada allah dan tidak takut Kepada-Nya.
Kedua, melakukan dosa kecil secara bertahap akan menyebabkan orang yang melakukanya nekad melakukan dosa besar setelah itu, contohnya, orang yang tidak pernah mengawal pandanganya, dia tidak akan selamat dari kemungkinan melakukan zina suatu hari nanti, sebabnya pandangan itu dapat membangkitkan nafsu syahwat!...
Ketiga, meskipun  dosa itu itu kecil, ia dapat menyebabkan manusia biasa melakukan kemaksiatan dan menganggapnya sebagai kewajaran serta tidak dapat menghindarinya. Akibatnya, pertahananya menjadi lemah dan tidak mampu lagi mengatasi godaanya.
disebabkan tiga alasan di atas dan alasan lain, maka nabi muhammad (saw) memperingatkan umat ini agar berwaspada akan dosa kecil. Imam Ahmad meriwayatkan dari sahl bin sa'ad As-Sa'idi bahawa nabi muhammad saw bersabda: 


"jauilah oleh kamu semua akan meremehkan dosa kecil sesungguhnya perumpaan dosa kecil itu seperti kaum yang singgah di tengah lembah, lalu yang ini datang dengan membawa sebatang kayu dan yang datang itu dengan membawa sebatang kayu sehingga mereka membuat sapi yang dapat memasak roti mereka, sesungguhnya ketika dosa kecil dilakukan secara terus menerus oleh org yang melakukanya, maka dsa kecil itu pun membinasakanya...



ok esok lagi ana sambung ye..insyallah jika diizinkan allah..keran ana nak sambung kerja dahulu...
to be continued!! wait for me...